Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan
Transfusi
darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ
penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang
akhirnya boleh merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Rawatan
penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat
Desferrioxamine, atau pesakit boleh mengambil ubat oral iaitu Ferriprox
dan Defriprone mengikut kesesuaian pesakit. Hal ini kerana ada
sesetengah pesakit yang alahan (allergic) kepada ubat-ubat yang
tertentu dan terpaksa menukar jenis ubat yang terpaksa diambil olehnya.
Pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplan) sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga
Panduan nutrisi kepada pesakit
Pesakit
tidak digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi (iron)
seperti organ dalaman yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam
badan seperti hati, limpa, paru-paru, hempedal dan sebagainya. Selain
itu, pesakit juga perlu mengelak daripada makan makanan seperti sayur
bayam, kerang, spirulina, daging merah, sardin, tuna, dan sebagainya
yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan pesakit.
Di samping itu, pesakit juga perlu memakan makanan yang mengandungi Folate atau nama lainnya Folic Acid (Vitamin B9) yang terdapat dalam sayuran hijau untuk membina haemoglobin. Pesakit juga digalakkan mengambil kombinasi Kalsium dan Vitamin D yang
penting dalam menguatkan tulang dan seterusnya mengelak daripada
terkena penyakit Osteoporosis iaitu jisim tulang menyusut dan menjadi
rapuh. Hal ini kerana pesakit Talasemia cenderung untuk mendapat
Osteoporosis disebabkan semasa terapi penyingkiran zat besi, kalsium
juga akan turut berkurangan dan ia boleh menyumbang kepada penyusutan
jisim tulang.
Amalan meminum teh dan kopi juga amat
digalakkan kerana didalamnya terdapat kafein yang dapat mengurangkan
penyerapan zat besi oleh tubuh dalam pengambilan makanan seharian.
Semasa dalam rawatan terapi membuang zat besi, pesakit juga digalakkan
mengambil Ascorbic Acid atau Vitamin C dimana pengambilannya dapat memaksimumkan pengeluaran zat besi dalam badan. Hal ini kerana, Vitamin C dapat
membantu dalam penyerapan zat besi di sekitar organ dan masuk dalam
darah untuk memudahkanya keluar dari badan. Jika pesakit mahu mengambil
makanan yang mengandungi zat besi dalam makanan mereka, elakkan
daripada mengambil Vitamin C pada masa tersebut. Pesakit juga tidak
digalakkan mengambil makanan yang mengakibatkan kuantiti sel darah
merah cepat turun seperti pengambilan asam yang berlebihan dan memakan
mee segera.
KESIMPULANNYA, nutrisi/suplemen yang boleh diambil oleh pesakit talasemia ialah:
* B COMPLEX (RM 52/BOTOL)
* VITAMIN C (RM92/BOTOL)
* OSTEMATRIX (RM61/BOTOL)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan